Terminal Sejahtera ialah Pusat Pembelajaran Percuma yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) untuk anak-anak dari keluarga yang berpendapatan rendah. Terminal Sejahtera mempunyai makmal komputer yang membolehkan para pelajar mendapat tuisyen secara atas talian (online-tuition) di luar waktu persekolahan dari isni sehingga ahad.
Terminal Sejahtera daerah penampang mula beroperasi pada 1 Disember 2012 yang mana terminal ini adalah Terminal Sejahtera yang pertama ditubuhkan disabah. Terminal ini dibawah naungan Majlis Daerah Penampang. Seramai 5 orang pekerja yang ditugaskan diterminal ini terdiri daripada seorangp penyelia, dua orang fasilitator, seorang pekerja Am dan seorang pengawal keselamatan.
Kemudahan yang disediakan di terminal ini adalah Kemudahan bilik komputer yang boleh menempatkan seramai 40 orang pelajar dan sebuah bilik tutorial yang boleh menempatkan seramai 20 orang pelajar. Pelajar-Pelajar yang berkelayakan seperti :-
- Warganegara Malaysia, yang menetap di dalam Daerah Penampang
- Keluarga berpendapatan pokok isi rumah di bawah RM3000.00 sebulan
- Terbuka kepada pelajar dari darjah 4,5,6 dan tingkatan 1,2,3,4,dan 5.
akan berpeluang untuk mengikuti program-program pendidikan di samping mendapat akses PERCUMA sistem ulangkaji Tutor Online serta kemudahan-kemudahan pembelajaran di Terminal Sejahtera Penampang.
Bagaimana untuk mendaftar??
Sila hadirkan diri anda ke:-
Tempat : Tingkat 1, Dewan Tun Fuad Stephens, Penampang.
Masa : 8.00am - 8.00pm ( Isnin-Jumaat )9.00am-1.00pm(Sabtu-Ahad) * Waktu Bekerja*
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:-
Felix (Penyelia) : 016-5095733
Bryan (Fasilitator) : 014-6725276

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.