Thursday, 20 June 2013

           MAJLIS DAERAH PENAMPANG


Pengambilan Pelajar Terminal Sejahtera Penampang

Terminal Sejahtera ialah Pusat pembelajaran percuma yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) untuk anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan . Terminal Sejahtera mempunyai makmal komputer yang membolehkan para pelajar mendapat tuisyen secara atas talian (online-tuition) di luar waktu persekolahan dari isnin hingga ahad.
Permohonan kini dibuka kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti program ini bagi tahun 2013. Pelajar yang terpilih akan berpeluang untuk mengikuti program-program pendidikan di samping mendapat akses PERCUMA sistem ulangkaji Tutor Online serta kemudahan-kemudahan pembelajaran di Terminal Sejahtera Penampang.
Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Pelajar Terminal Sejahtera Penampang.



1.    Warganegara Malaysia, yang menetap di dalam Daerah Penampang
2.    Keluarga berpendapatan pokok isi rumah di bawah RM3000.00 sebulan.
3.    terbuka kepada pelajar darjah 4,5,6 dan tingkatan 1,2,3,4 dan 5.



Para pelajar yang berminat dikehendaki hadir bersama ibu/bapa ke Tingkat 1,Dewan Tun Fuad Stephens,Penampang Isnin – Jumaat : 8.00 am – 8.00 pm,Sabtu-Ahad : 9.00am – 1.00 pm dan membawa dokumen-dokumen seperti berikut:
1.    Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Ibu-bapa, anak-anak.
2.    Slip gaji / pengesahan pendapatan ibu-bapa dan ahli isi rumah yang bekerja.



Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
           
                                                            Pejabat :          088-718322

                                                            

Friday, 26 April 2013

Pembukaan Kuota Baru Terminal Sejahtera 2013

Salam 1 Malaysia kepada semua,

Salam kemaafan kami hulurkan kerana terlalu lama tidak mengemaskini blog Terminal Sejahtera ini. Untuk Pengetahuan para pembaca, kami pihak Terminal Sejahtera Daerah Penampang amat berbesar hati dan dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada anda semua para penduduk di sekitar Daerah Penampang bahawa pihak Terminal Sejahtera telah mendapat surat kelulusan daripada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) untuk membuka kuota bagi pendaftaran pelajar-pelajar yang berminat untuk mendaftar sebagai pelajar Terminal Sejahtera Penampang.

Pembukaan terhadap kuota baru bagi proses pengambilan pelajar Terminal Sejahtera Daerah Penampang adalah seperti berikut:-

  1. Menetap dikawasan Daerah Penampang sahaja.
  2. Pendapatan kasar isi rumah ialah RM3,000.00 dan kebawah.
  3. Terbuka kepada pelajar tahap:-
    1. Darjah 4, 5 & 6. (Bagi pelajar tahap UPSR)
    2. Tingkatan 1, 2 & 3. (Bagi pelajar tahap PMR)
    3. Tingkatan 4 & 5. (Bagi Pelajar tahap SPM)                
Diharap usaha yang inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan ini dapat membantu keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan dalam memberi pendidikan tambahan kepada anak-anak mereka dan sekaligus dapat menjadikan anak-anak mereka seorang yang berjaya bukan sahaja dalam akademik malahan dari semua aspek. 


Sekian,

Terminal Sejahtera Penampang - Author