Salam kemaafan kami hulurkan kerana terlalu lama tidak mengemaskini blog Terminal Sejahtera ini. Untuk Pengetahuan para pembaca, kami pihak Terminal Sejahtera Daerah Penampang amat berbesar hati dan dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada anda semua para penduduk di sekitar Daerah Penampang bahawa pihak Terminal Sejahtera telah mendapat surat kelulusan daripada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) untuk membuka kuota bagi pendaftaran pelajar-pelajar yang berminat untuk mendaftar sebagai pelajar Terminal Sejahtera Penampang.
Pembukaan terhadap kuota baru bagi proses pengambilan pelajar Terminal Sejahtera Daerah Penampang adalah seperti berikut:-
- Menetap dikawasan Daerah Penampang sahaja.
- Pendapatan kasar isi rumah ialah RM3,000.00 dan kebawah.
- Terbuka kepada pelajar tahap:-
- Darjah 4, 5 & 6. (Bagi pelajar tahap UPSR)
- Tingkatan 1, 2 & 3. (Bagi pelajar tahap PMR)
- Tingkatan 4 & 5. (Bagi Pelajar tahap SPM)
Diharap usaha yang inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan ini dapat membantu keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan dalam memberi pendidikan tambahan kepada anak-anak mereka dan sekaligus dapat menjadikan anak-anak mereka seorang yang berjaya bukan sahaja dalam akademik malahan dari semua aspek.
Sekian,
Terminal Sejahtera Penampang - Author
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.